Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

4 KESALAHAN MAJIKAN BERKAITAN PCB

Kegagalan majikan mematuhi Potongan Cukai Bulanan boleh disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994.  Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah tidak mematuhi subkaedah 10(1) atau Kaedah 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.  Jenis-jenis kesalahan di bawah kaedah ini adalah :  Gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 15hb. pada bulan berikutnya. Gagal atau kurang meremitkan bayaran PCB yang telah dipotong daripada saraan pekerja Gagal memotong PCB daripada saraan pekerja Kurang memotong PCB.  PENJELASAN TERPERINCI Gagal Meremitkan Bayaran Sebelum atau Pada 15hb Pada Bulan Berikutnya Majikan sepatutnya mempunyai tempoh masa yang sangat mencukupi untuk mengemukakan data PCB dan meremitkan bayaran PCB ke LHDN iaitu bermula dari hari pengiraan

Masalah Berkaitan ePCB : Maklumat Pengiraan PCB Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dimasukkan, Sila Hapuskan Maklumat Berkenaan Bagi Meneruskan Pengiraan Bagi Bulan Ini

  Gambar 1 : Paparan makluman pengiraan bulan berikutnya telah dibuat Ramai yang buntu bila terkena masalah ini, di mana selepas pilih pekerja yang hendak ditentukan PCBnya, sistem pula tidak mahu pergi ke peringkat pengiraan.  Sebaliknya sistem mengeluarkan catatan berbunyi "Maklumat PCB bagi bulan-bulan berikutnya bagi tahun semasa telah dimasukkan, sila hapuskan maklumat berkenaan bagi meneruskan pengiraan bagi bulan ini" . PUNCA MASALAH Apa yang berlaku sebenarnya ialah sistem telah mengesan ada pengiraan PCB telah dibuat secara 'in advance' untuk bulan-bulan yang akan datang.  Sebagai contoh, semasa hendak menentukan PCB bagi bulan Mac, majikan entah macam mana tersilap memilih bulan May.  Majikan tidak sedar telah silap memilih bulan dan meneruskan pengiraan sampai ke peringkat bayaran.  Apabila tiba hari untuk majikan buat pengiraan PCB bulan April, sistem tidak membenarkan majikan meruskan pengiraan dan sistem akan paparkan mesej amaran seperti dalam gambar di

Masalah Berkaitan Sistem ePCB : Proses Pengiraan Tidak Berjaya dan Kotak Untuk Amaun KWSP Berwarna Merah

Acap kali juga kami terima pertanyaan mengenai masalah ini, di mana majikan maklumkan proses pengiraan tidak berjaya walaupun dah berkali-kali tekan butang KIRA. Majikan juga maklumkan petak untuk amaun KWSP bertukar kepada warna merah. Punca kepada masalah ini ialah pengguna telah masukkan amaun KWSP melebihi kadar yang dibenarkan untuk tahun tersebut. Sebagai contoh, untuk tahun 2020, jumlah caruman KWSP yang boleh dimasukkan dalam pengiraan PCB mestilah tidak melebihi RM4000. Maka majikan perlulah pastikan jumlah keseluruhan KWSP iaitu KWSP TERKUMPUL + KWSP BULAN SEMASA + KWSP SARAAN TAMBAHAN haruslah tidak melebihi RM4000 . Tak kiralah berapa banyak sekalipun caruman KWSP sebenar pekerja, tapi yang boleh diambil kira dalam pengiraan PCB tahun 2020 hanyalah RM4000 sahaja. Jika KWSP terkumpul sudah mencapai RM4000, maka KWSP untuk bulan semasa dan KWSP saraan tambahan tidak lagi boleh dimasukkan. Biarkan sahaja amaun dalam petak tersebut kekal RM0.00. Jika KWSP terkumpul adalah

KALKULATOR PCB : FAHAMI CARA PENGGUNAAN KALKULATOR PCB YANG BETUL

KALKULATOR PCB : FAHAMI CARA PENGGUNAAN KALKULATOR PCB YANG BETUL Kalkulator PCB merupakan salah satu alat bantu pengiraan PCB yang disediakan oleh LHDNM di laman webnya.  Bagi majikan yang tidak mempunyai sistem payrol berkomputer, mereka bolehlah menggunakan kalkulator ini untuk menentukan PCB pekerja. Bagi pekerja pula, Kalkulator PCB ini amat berguna dalam membantu anda menyemak semula potongan cukai yang dibuat oleh majikan, sama ada ianya tepat atau tidak.  Sama ada anda majikan atau pekerja, adalah amat penting untuk memahami setiap istilah kata dan fungsi dalam Kalkulator PCB bagi membolehkan anda mendapat hasil pengiraan yang tepat!  Rajah 1 : Kalkulator PCB sesuai digunakan dalam Internet Explorer 3 FAKTA PENTING MENGENAI KALKULATOR PCB : Boleh dicapai melalui alamat web  KALKULATOR PCB   Paparan paling sesesuai adalah dengan menggunakan Internet Explorer sebagai pelayar. Kalkulator ini tidak menyimpan maklumat pengiraan.  Pengguna hendaklah membuat cetakan selepas selesai me

Buku Manual Sistem e-PCB

Agak sukar untuk mencari buku manual sistem ePCB walaupun di laman web rasmi LHDN sendiri. Tidak pasti kenapa LHDN tidak letakkan manual ini di laman web rasmi, sebaliknya hanya meletakkan manual ini di dalam sistem ePCB.  Ini bermakna hanya majikan yang telah berjaya masuk ke dalam sistem ePCB sahaja yang boleh jumpa buku manual ini.   Di sini saya lampirkan pautan ke buku manual sistem ePCB supaya dapat jadi rujukan buat semua. Buku Manual Sistem e-PCB

SISTEM ePCB : PANDUAN PENDAFTARAN MAJIKAN

SISTEM ePCB : PANDUAN PENDAFTARAN MAJIKAN Walaupun sistem ini telah diwujudkan oleh LHDN semenjak tahun 2009 lagi, tetapi masih ramai majikan di luar sana tidak arif cara menggunakan sistem ini dengan betul. Di sini kami kongsikan langkah pertama yang perlu dibuat oleh majikan sebelum boleh menggunakan sistem e-PCB ini.  Dalam video di bawah, kami tunjukkan secara terperinci langkah-langkah mendaftarkan fail majikan ke dalam sistem ePCB. Video ini khusus untuk majikan yang belum mempunyai akaun ePCB, di mana kami cuma tunjukkan peringkat awal menggunakan sistem ini.  Untuk pengiraan PCB pula, kami akan kongsikan caranya melalui video lain. Selain itu, sila ambil perhatian bahawa sistem e-PCB ini disediakan oleh LHDN khas untuk majikan yang tidak menggunakan sistem payroll berkomputer / payrol software.  Majikan yang sudah mempunyai sistem payroll berkomputer TIDAK BOLEH menggunakan ePCB bagi menghantar data PCB pekerja.

KALKULATOR PCB : APA ITU 'PERNAH BEKERJA SEBELUM INI DALAM TAHUN SEMASA'?

KALKULATOR PCB   Kebanyakan majikan bila pertama kali ingin menggunakan Kalkulator PCB di laman sesawang LHDN, mesti akan keliru nak membuat pilihan sama ada petak A ( PERNAH BEKERJA SEBELUM INI DALAM TAHUN SEMASA ) atau petak B ( TIDAK PERNAH BEKERJA SEBELUM INI DALAM TAHUN SEMASA ).  Mudah sahaja nak pilih kalau faham fungsi kedua-duanya. Majikan mesti pilih petak A ( Pernah Bekerja Sebelum Ini Dalam Tahun Semasa ) untuk situasi berikut :  1) pengiraan PCB dibuat untuk bulan selain Januari, dimana majikan mempunyai maklumat atau pengetahuan mengenai saraan, KWSP dan PCB terkumpul bermula bulan Januari tahun semasa sehingga bulan sebelum bulan pengiraan PCB hendak dibuat. Sebagai contoh, sekiranya majikan hendak membuat pengiraan PCB bagi bulan Julai 2020, maka majikan mestilah mempunyai maklumat atau pengetahuan jumlah saraan, PCB dan KWSP terkumpul pekerja itu bagi bulan Januari 2020 sehingga Jun 2020.  Majikan mesti pilih Petak B ( TIDAK PERNAH BEKERJA DALAM TAHUN SEMASA ) untuk s

Sistem-sistem LHDN Khusus Untuk Membantu Majikan Mengurus PCB Dengan Baik

Selain dari sistem yang disediakan pihak bank untuk pelanggan mereka, LHDN juga ada membangunkan beberapa sistem khusus untuk menguruskan PCB.  Sistem ini boleh digunakan oleh para majikan secara percuma.   Terdapat 3 sistem yang disediakan di laman web LHDN iaitu  e-PCB e-Data PCB e-CP39 Gambar 1 : Tiga sistem LHDNM berkaitan PCB Berikut adalah penerangan untuk setiap sistem : e-PCB Gambar 2 : e-PCB Pautan untuk ke sistem e-PCB :  https://ekls.hasil.gov.my/ Majikan yang tidak mempunyai sistem payrol digalakkan menggunakan sistem e-PCB. Kelebihan sistem ini ialah data yang diinput ke dalam sistem akan disimpan oleh server LHDN. So bila-bila masa sahaja majikan boleh semak semula rekod pengiraan PCB yang telah dibuat. Tapi masalahnya server yang disediakan untuk e-PCB tak besar mana, so LHDN mampu simpan data dari sistem ini untuk tempoh 2 tahun je. Nak tak nak majikan kena rajin juga buat cetakan (print) pengiraan yang telah dibuat dalam sistem ni.

16 JENIS PENDAPATAN KENA AMBIL KIRA BAGI MENENTUKAN PCB PEKERJA

Sebelum menentukan PCB pekerja, majikan perlu tahu dulu pendapatan yang wajib diambil kira dalam menentukan PCB pekerja dan jenis pendapatan yang layak mendapat pengecualian cukai atau yang boleh dikecualikan dari penentuan PCB. Berikut adalah senarai 16 pendapatan layak kena cukai / wajib diambil kira dalam penentuan PCB : Gaji Fi pengarah Upah Perkuisit Baca Pekeliling Umum Bil. 5/2019 Bayaran kerja lebih masa Skim Opsyen Saham Pekerja (SOSP)    Baca Pekeliling Umum Bil.11/2012_pin_14022017 Komisen Cukai Yang Ditanggung oleh Majikan   Baca Pekeliling Umum Bil 11/2016 Tip Ganjaran   Baca Pekeliling Umum Bil. 09/2016 Elaun Pampasan Kerana Kehilangan Pekerjaan  Baca Pekeliling Umum Bil.1/2012 Bonus/insentif Nilai Tempat Kediaman (NTK)   Baca Pekeliling Umum Bil 3/2015 (Tambahan) Baca Pekeliling Umum Bil. 3/2015 (asal) Manfaat Berupa Barangan (BIK)  Baca Pekeliling Umum Bil. 11/2019