Sebelum menentukan PCB pekerja, majikan perlu tahu dulu pendapatan yang wajib diambil kira dalam menentukan PCB pekerja dan jenis pendapatan yang layak mendapat pengecualian cukai atau yang boleh dikecualikan dari penentuan PCB.
Berikut adalah senarai 16 pendapatan layak kena cukai / wajib diambil kira dalam penentuan PCB :
Di bawah pula adalah senarai elaun / bayaran kepada pekerja yang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan, seterusnya tidak diambil kira dalam penentuan PCB pekerja :
PERKARA |
HAD PENGECUALIAN (SETAHUN)
|
|
RM6,000 setahun.
|
|
RM2,400 setahun
|
|
Terhad kepada satu unit bagi setiap aset
|
| Terhad kepada satu talian bagi setiap kategori aset |
| RM2,000 |
| Terhad kepada amaun sebenar yang dibelanjakan |
| Terhad kepada amaun sebenar yang dibelanjakan |
|
Nota:
- Elaun / perkuisit / pemberian / manfaat yang dikecualikan cukai seperti yang tersenarai di atas (Bil. 1 hingga 8) perlu dilaporkan di bahagian M Borang C.P. 8D dan juga di bahagian F Borang EA (pastikan anda menggunakan Borang EA Pindaan Tahun 2017.)
- Lain-lain elaun / perkuisit / pemberian / manfaat yang dikecualikan cukai tetapi tidak perlu dilaporkan dalam ruangan M Borang C.P. 8D adalah seperti berikut:
- Barangan yang merupakan produk boleh guna perniagaan majikan yang diberi secara percuma (diskaun penuh) atau diberi pada harga diskaun sebahagiannya (termasuk manfaat disediakan untuk pasangan dan anak yang belum berkahwin). Nilai barangan adalah berdasarkan harga jualan. Manfaat yang diterima daripada syarikat dalam kumpulan yang sama dengan majikannya adalah tidak dikecualikan cukai. Pengecualian terhad kepada RM1,000.
- Tambang percutian (pengecualian ke atas manfaat ini hanya terpakai jika ia diperuntukkan kepada pekerja dan ahli keluarganya yang terdekat).
- Dalam Malaysia (termasuk perbelanjaan penginapan dan makanan) tidak melebihi 3 kali dalam satu tahun kalendar; atau
- Luar Malaysia tidak melebihi sekali dalam satu tahun kalendar, terhad kepada RM3,000.
- Perkhidmatan majikan sendiri yang diberi secara percuma atau diberi pada harga diskaun (termasuk manfaat disediakan untuk pasangan dan anak yang belum berkahwin). Manfaat yang diterima daripada syarikat dalam kumpulan yang sama dengan majikannya adalah tidak dikecualikan cukai.
- Manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan kepada perubatan tradisional dan materniti. Perubatan tradisional bermaksud Perubatan Tradisional Melayu, Perubatan Tradisional Cina dan Perubatan Tradisional India yang diberikan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan badan yang diperakui atau didaftarkan mengikut peraturan yang mengawal perubatan tradisional seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Contoh: urutan tradisional Melayu, ayurvedic dan akupunktur. Perubatan komplimentari dan homeopati tidak termasuk dalam pengecualian ini.
- Premium insurans yang wajib dibayar untuk pekerja-pekerja asing sebagai gantian kepada sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). (vi) Premium insurans berkelompok untuk melindungi pekerja-pekerja sekiranya berlaku kemalangan.
- PALING PENTING! PENGECUALIAN CUKAI DI ATAS TIDAK TERPAKAI JIKA PEKERJA MEMPUNYAI KAWALAN KE ATAS MAJIKANNYA
Sekiranya pekerja mempunyai kawalan ke atas majikannya, elaun / perkuisit / pemberian / manfaat yang diterima oleh pekerja itu adalah dikenakan cukai dan merupakan sebahagian daripada pendapatan kasar penggajiannya.
- Kawalan ke atas majikan bermaksud :
- bagi suatu syarikat, kuasa bagi seseorang pekerja untuk mengawal adalah melalui pemegangan saham atau pemilikan kuasa mengundi dalam atau berkenaan syarikat itu atau mana-mana syarikat lain, atau atas sebab apa-apa kuasa yang diberikan melalui perkara-perkara persatuan atau apa-apa dokumen lain yang mengawal selia syarikat itu atau mana-mana syarikat lain, bahawa urusan syarikat yang pertama disebut itu dijalankan menurut kehendak pekerja itu (eg : pengarah syarikat);
- bagi suatu perkongsian, pekerja itu merupakan rakan kongsi majikan itu; atau
- bagi pemilik tunggal, pekerja dan majikan itu adalah orang yang sama.
Comments
Post a Comment