Skip to main content

Posts

ISU 'NO RECORD' DALAM SISTEM e-PCB

Recent posts

MAJIKAN WAJIB TAHU 3 KATEGORI SARAAN INI DALAM MENENTUKAN PCB PEKERJA

3 Kategori saraan yang majikan akan sentiasa jumpa dalam sistem pengiraan PCB seperti e-PCB, Kalkulator PCB dan lain-lain sistem seumpamanya ialah :      SARAAN TERKUMPUL BULAN SEBELUM DALAM TAHUN SEMASA,      SARAAN BULAN SEMASA, dan     SARAAN TAMBAHAN BULAN SEMASA      Penting  untuk majikan mengetahui maksud setiap kategori ini kerana ianya boleh membantu majikan memahami cara sistem pengiraan PCB bekerja, seterusnya dapat mengelakkan kesalahan yang tidak diingini.       Jadi ayuh kita lihat penjelasan untuk setiap satu istilah saraan tersebut.    Pertama sekali kita perlu fahami apa itu yang dikatakan sebagai BULAN SEMASA dan TAHUN SEMASA.  Istilah ini akan selalu digunakan bila kita bercakap tentang PCB (dan lain-lain hal percukaian).  Dalam konteks pengiraan PCB, bulan semasa merujuk kepada situasi berikut : Jika PCB baru hendak dikira, maka  bulan semasa adalah  bulan gaji di mana PCB hendak dipotong. Jika amaun PCB telah ditentukan dan majikan sekarang ingin kemukakan baya

SALAH PILIH BULAN DALAM e PCB

Anda telah terpilih bulan yang salah dalam sistem ePCB? Sistem tidak membenarkan anda membuat tindakan pembetulan? Sistem mengeluarkan paparan "Pengiraan Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dilakukan"? Sekiranya anda menghadapi masalah-masalah di atas, maka anda perlu menonton video di bawah ini sehingga habis. Video ini akan menerangkan punca masalah yang berlaku dan cara-cara menyelesaikan masalah tersebut.

Sistem-sistem Berkaitan PCB disediakan LHDNM

Anda baru ditugaskan menguruskan PCB pekerja? Pening kepada tak tahu tahu nak guna sistem apa? Keliru nak pilih antara ePCB, eData PCB dan eCP39? Jom tengok video ini, semoga dapat membantu menghilangkan kekeliruan anda! Berikut adalah pautan ke sistem-sistem berkaitan PCB yang disediakan oleh LHDNM ePCB https://ekls.hasil.gov.my/ e-Data PCB https://eapps.hasil.gov.my/ e-CP39 https://ecp39.hasil.gov.my/login

4 KESALAHAN MAJIKAN BERKAITAN PCB

Kegagalan majikan mematuhi Potongan Cukai Bulanan boleh disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994.  Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah tidak mematuhi subkaedah 10(1) atau Kaedah 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.  Jenis-jenis kesalahan di bawah kaedah ini adalah :  Gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 15hb. pada bulan berikutnya. Gagal atau kurang meremitkan bayaran PCB yang telah dipotong daripada saraan pekerja Gagal memotong PCB daripada saraan pekerja Kurang memotong PCB.  PENJELASAN TERPERINCI Gagal Meremitkan Bayaran Sebelum atau Pada 15hb Pada Bulan Berikutnya Majikan sepatutnya mempunyai tempoh masa yang sangat mencukupi untuk mengemukakan data PCB dan meremitkan bayaran PCB ke LHDN iaitu bermula dari hari pengiraan

Masalah Berkaitan ePCB : Maklumat Pengiraan PCB Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dimasukkan, Sila Hapuskan Maklumat Berkenaan Bagi Meneruskan Pengiraan Bagi Bulan Ini

  Gambar 1 : Paparan makluman pengiraan bulan berikutnya telah dibuat Ramai yang buntu bila terkena masalah ini, di mana selepas pilih pekerja yang hendak ditentukan PCBnya, sistem pula tidak mahu pergi ke peringkat pengiraan.  Sebaliknya sistem mengeluarkan catatan berbunyi "Maklumat PCB bagi bulan-bulan berikutnya bagi tahun semasa telah dimasukkan, sila hapuskan maklumat berkenaan bagi meneruskan pengiraan bagi bulan ini" . PUNCA MASALAH Apa yang berlaku sebenarnya ialah sistem telah mengesan ada pengiraan PCB telah dibuat secara 'in advance' untuk bulan-bulan yang akan datang.  Sebagai contoh, semasa hendak menentukan PCB bagi bulan Mac, majikan entah macam mana tersilap memilih bulan May.  Majikan tidak sedar telah silap memilih bulan dan meneruskan pengiraan sampai ke peringkat bayaran.  Apabila tiba hari untuk majikan buat pengiraan PCB bulan April, sistem tidak membenarkan majikan meruskan pengiraan dan sistem akan paparkan mesej amaran seperti dalam gambar di

Masalah Berkaitan Sistem ePCB : Proses Pengiraan Tidak Berjaya dan Kotak Untuk Amaun KWSP Berwarna Merah

Acap kali juga kami terima pertanyaan mengenai masalah ini, di mana majikan maklumkan proses pengiraan tidak berjaya walaupun dah berkali-kali tekan butang KIRA. Majikan juga maklumkan petak untuk amaun KWSP bertukar kepada warna merah. Punca kepada masalah ini ialah pengguna telah masukkan amaun KWSP melebihi kadar yang dibenarkan untuk tahun tersebut. Sebagai contoh, untuk tahun 2020, jumlah caruman KWSP yang boleh dimasukkan dalam pengiraan PCB mestilah tidak melebihi RM4000. Maka majikan perlulah pastikan jumlah keseluruhan KWSP iaitu KWSP TERKUMPUL + KWSP BULAN SEMASA + KWSP SARAAN TAMBAHAN haruslah tidak melebihi RM4000 . Tak kiralah berapa banyak sekalipun caruman KWSP sebenar pekerja, tapi yang boleh diambil kira dalam pengiraan PCB tahun 2020 hanyalah RM4000 sahaja. Jika KWSP terkumpul sudah mencapai RM4000, maka KWSP untuk bulan semasa dan KWSP saraan tambahan tidak lagi boleh dimasukkan. Biarkan sahaja amaun dalam petak tersebut kekal RM0.00. Jika KWSP terkumpul adalah