Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

16 JENIS PENDAPATAN KENA AMBIL KIRA BAGI MENENTUKAN PCB PEKERJA

Sebelum menentukan PCB pekerja, majikan perlu tahu dulu pendapatan yang wajib diambil kira dalam menentukan PCB pekerja dan jenis pendapatan yang layak mendapat pengecualian cukai atau yang boleh dikecualikan dari penentuan PCB. Berikut adalah senarai 16 pendapatan layak kena cukai / wajib diambil kira dalam penentuan PCB : Gaji Fi pengarah Upah Perkuisit Baca Pekeliling Umum Bil. 5/2019 Bayaran kerja lebih masa Skim Opsyen Saham Pekerja (SOSP)    Baca Pekeliling Umum Bil.11/2012_pin_14022017 Komisen Cukai Yang Ditanggung oleh Majikan   Baca Pekeliling Umum Bil 11/2016 Tip Ganjaran   Baca Pekeliling Umum Bil. 09/2016 Elaun Pampasan Kerana Kehilangan Pekerjaan  Baca Pekeliling Umum Bil.1/2012 Bonus/insentif Nilai Tempat Kediaman (NTK)   Baca Pekeliling Umum Bil 3/2015 (Tambahan) Baca Pekeliling Umum Bil. 3/2015 (asal) Manfaat Berupa Barangan (BIK)  Baca Pekeliling Umum Bil. 11/2019

MAJIKAN DAN LHDNM

Perkongsian ini adalah untuk para majikan yang datang dari perniagaan kecil sama ada SDN BHD, BHD, PLT, perkongsian atau milikan tunggal, juga kepada kerani dan eksekutif yang menguruskan hal-hal penggajian (payroll) dan sumber manusia (HR). Ramai di kalangan majikan gagal mendapat informasi yang betul mengenai tanggungjawab mereka terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia walaupun tanggungjawab ini ada disenaraikan di laman web LHDNM. Rujuk pautan berikut untuk melihat ringkasan tanggungjawab majikan yang disenaraikan di laman sesawang LHDNM : Klik sini untuk ke laman sesawang LHDNM "SAYA BUKAN MAJIKAN LA, SAYA BERNIAGA KECIL SAHAJA" Ini adalah salah satu kesilapan yang biasa.  Ada majikan yang tidak sedar dia sebenarnya dah lama jadi majikan.  Pelik, tapi benar.  Sama ada ini sekadar alasan ataupun memang mereka benar-benar tidak tahu. Jom lihat taksiran majikan dan pekerja dari perspektif LHDNM : “Majikan” berhubung dengan sesuatu penggajian bermaksu