Skip to main content

Sistem-sistem LHDN Khusus Untuk Membantu Majikan Mengurus PCB Dengan Baik

Selain dari sistem yang disediakan pihak bank untuk pelanggan mereka, LHDN juga ada membangunkan beberapa sistem khusus untuk menguruskan PCB.  Sistem ini boleh digunakan oleh para majikan secara percuma.  
Terdapat 3 sistem yang disediakan di laman web LHDN iaitu 
  1. e-PCB
  2. e-Data PCB
  3. e-CP39
Gambar 1 : Tiga sistem LHDNM berkaitan PCB

Berikut adalah penerangan untuk setiap sistem :

e-PCB

Gambar 2 : e-PCB

Pautan untuk ke sistem e-PCB : https://ekls.hasil.gov.my/

Majikan yang tidak mempunyai sistem payrol digalakkan menggunakan sistem e-PCB.

Kelebihan sistem ini ialah data yang diinput ke dalam sistem akan disimpan oleh server LHDN. So bila-bila masa sahaja majikan boleh semak semula rekod pengiraan PCB yang telah dibuat. Tapi masalahnya server yang disediakan untuk e-PCB tak besar mana, so LHDN mampu simpan data dari sistem ini untuk tempoh 2 tahun je. Nak tak nak majikan kena rajin juga buat cetakan (print) pengiraan yang telah dibuat dalam sistem ni. Oklah kan, kiranya sistem ni berfungsi sebagai back-up je la..tanggungjawab menyimpan rekod (selama 7 tahun) tetap terletak pada majikan.


e-Data PCB

Gambar 3 : e-Data PCB
Pautan ke sistem e-Data PCB : https://eapps.hasil.gov.my/

Sistem ini hanya sesuai digunakan oleh majikan yang ada sistem payrol. Majikan cuma perlu muat naik fail teks (.txt) yang dijana oleh sistem payrol ke dalam sistem e-Data PCB. Proses kerja sistem ni macam ni :
  1. Muat naik fail .txt
  2. Buat validasi data (untuk pastikan format yang dijana sistem payrol menepati spesifiksi yang ditetapkan sistem e-Data PCB)
  3. Tentukan cara bayaran
  4. Buat bayaran
Senang je kan?


e-CP39

Gambar 4 : e-CP39

Pautan untuk ke sistem e-CP39 : https://ecp39.hasil.gov.my/

Sistem ni boleh digunakan oleh mana-mana majikan, sama ada yang guna sistem payroll berkomputer ataupun yang tidak ada sistem payroll berkomputer. Bagaimanapun majikan yang tidak ada sistem payroll kena mahir mengira PCB menggunakan Kalkulator PCB. 

Kalau tak mahir, lebih baik daftar dan belajar guna e-PCB. Bagi majikan yang ada sistem payrol dengan bilangan pekerja tak ramai, sistem ni juga boleh membantu memudahkan proses penghantaran data dan membuat bayaran PCB. Apapun anda lebih digalakkan untuk menggunakan sistem e-Data PCB.



Gambar 5 : Perbandingan setiap sistem
Gambar 6 : Proses kerja berkaitan PCB

Merujuk kepada Gambar 6, kita boleh nampak proses kerja menguruskan PCB ini melibatkan 4 (empat) peringkat iaitu KIRA & INPUT DATA, HANTAR DATA,  PENYEDIAAN SLIP BAYARAN dan akhir sekali PENGEMUKAAN BAYARAN.

Baris pertama dalam gambar tersebut menunjukkan sekiranya majikan menggunakan sistem saraan berkomputer (payroll software) untuk menentukan PCB pekerja, maka majikan boleh menggunakan sama ada e-Data PCB atau e-CP39 untuk mengemukakan data dan mengemukakan bayaran ke LHDN. Bagaimanapun majikan yang menggunakan payroll software paling digalakkan menggunakan e-Data PCB.

Baris ke-2 pula menunjukkan sekiranya majikan menggunakan sistem e-PCB untuk menentukan PCB pekerja, maka majikan boleh menggunakan sama ada e-PCB atau e-CP39 untuk meneruskan proses kerja sehingga ke peringkat bayaran.  Bagaimanapun majikan yang menggunakan e-PCB paling digalakkan menyelesaikan semua proses juga menggunakan sistem e-PCB.

Comments

Popular posts from this blog

Masalah Berkaitan ePCB : Maklumat Pengiraan PCB Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dimasukkan, Sila Hapuskan Maklumat Berkenaan Bagi Meneruskan Pengiraan Bagi Bulan Ini

  Gambar 1 : Paparan makluman pengiraan bulan berikutnya telah dibuat Ramai yang buntu bila terkena masalah ini, di mana selepas pilih pekerja yang hendak ditentukan PCBnya, sistem pula tidak mahu pergi ke peringkat pengiraan.  Sebaliknya sistem mengeluarkan catatan berbunyi "Maklumat PCB bagi bulan-bulan berikutnya bagi tahun semasa telah dimasukkan, sila hapuskan maklumat berkenaan bagi meneruskan pengiraan bagi bulan ini" . PUNCA MASALAH Apa yang berlaku sebenarnya ialah sistem telah mengesan ada pengiraan PCB telah dibuat secara 'in advance' untuk bulan-bulan yang akan datang.  Sebagai contoh, semasa hendak menentukan PCB bagi bulan Mac, majikan entah macam mana tersilap memilih bulan May.  Majikan tidak sedar telah silap memilih bulan dan meneruskan pengiraan sampai ke peringkat bayaran.  Apabila tiba hari untuk majikan buat pengiraan PCB bulan April, sistem tidak membenarkan majikan meruskan pengiraan dan sistem akan paparkan mesej amaran seperti dala...

4 KESALAHAN MAJIKAN BERKAITAN PCB

Kegagalan majikan mematuhi Potongan Cukai Bulanan boleh disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994.  Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah tidak mematuhi subkaedah 10(1) atau Kaedah 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.  Jenis-jenis kesalahan di bawah kaedah ini adalah :  Gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 15hb. pada bulan berikutnya. Gagal atau kurang meremitkan bayaran PCB yang telah dipotong daripada saraan pekerja Gagal memotong PCB daripada saraan pekerja Kurang memotong PCB.  PENJELASAN TERPERINCI Gagal Meremitkan Bayaran Sebelum atau Pada 15hb Pada Bulan Berikutnya Majikan sepatutnya mempunyai tempoh masa yang sangat mencukupi untuk mengemukakan data PCB dan meremitkan bayaran PCB ke LHDN iaitu bermula ...

16 JENIS PENDAPATAN KENA AMBIL KIRA BAGI MENENTUKAN PCB PEKERJA

Sebelum menentukan PCB pekerja, majikan perlu tahu dulu pendapatan yang wajib diambil kira dalam menentukan PCB pekerja dan jenis pendapatan yang layak mendapat pengecualian cukai atau yang boleh dikecualikan dari penentuan PCB. Berikut adalah senarai 16 pendapatan layak kena cukai / wajib diambil kira dalam penentuan PCB : Gaji Fi pengarah Upah Perkuisit Baca Pekeliling Umum Bil. 5/2019 Bayaran kerja lebih masa Skim Opsyen Saham Pekerja (SOSP)    Baca Pekeliling Umum Bil.11/2012_pin_14022017 Komisen Cukai Yang Ditanggung oleh Majikan   Baca Pekeliling Umum Bil 11/2016 Tip Ganjaran   Baca Pekeliling Umum Bil. 09/2016 Elaun Pampasan Kerana Kehilangan Pekerjaan  Baca Pekeliling Umum Bil.1/2012 Bonus/insentif Nilai Tempat Kediaman (NTK)   Baca Pekeliling Umum Bil 3/2015 (Tambahan) Baca Pekeliling Umum Bil. 3/2015 (asal) Manfaat Berupa Barangan (BIK)  ...