Skip to main content

Masalah Berkaitan ePCB : Maklumat Pengiraan PCB Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dimasukkan, Sila Hapuskan Maklumat Berkenaan Bagi Meneruskan Pengiraan Bagi Bulan Ini

 

Gambar 1 : Paparan makluman pengiraan bulan berikutnya telah dibuat


Ramai yang buntu bila terkena masalah ini, di mana selepas pilih pekerja yang hendak ditentukan PCBnya, sistem pula tidak mahu pergi ke peringkat pengiraan.  Sebaliknya sistem mengeluarkan catatan berbunyi "Maklumat PCB bagi bulan-bulan berikutnya bagi tahun semasa telah dimasukkan, sila hapuskan maklumat berkenaan bagi meneruskan pengiraan bagi bulan ini"
.
PUNCA MASALAH

Apa yang berlaku sebenarnya ialah sistem telah mengesan ada pengiraan PCB telah dibuat secara 'in advance' untuk bulan-bulan yang akan datang.  Sebagai contoh, semasa hendak menentukan PCB bagi bulan Mac, majikan entah macam mana tersilap memilih bulan May.  Majikan tidak sedar telah silap memilih bulan dan meneruskan pengiraan sampai ke peringkat bayaran.  Apabila tiba hari untuk majikan buat pengiraan PCB bulan April, sistem tidak membenarkan majikan meruskan pengiraan dan sistem akan paparkan mesej amaran seperti dalam gambar di atas.

CADANGAN PENYELESAIAN

Gambar 2 : Paparan Penyata Cukai Oleh Majikan


Semak Status Pengesahan

Jadi bagaimana boleh kita selesaikan masalah ini? Perkara pertama yang wajib dilakukan oleh majikan ialah semak pengiraan untuk bulan-bulan yang berikutnya, cari pada bulan manakah yang majikan telah tersilap buat pengiraan.  Kalau sekarang majikan hendak buat pengiraan bagi bulan Mac 2020, cuba semak pengiraan bagi bulan April, May, Jun dan seterusnya sehingga Disember 2020.

Sebaik punca masalah berjaya dikesan, maka tindakan selanjutnya bergantung kepada sama ada tindakan PENGESAHAN sudah dibuat atau belum.  Kita boleh tahu sama ada tindakan pengesahan sudah dibuat atau belum dengan melihat warna pada kotak PENGESAHAN (rujuk Gambar 2, panah merah bernombor 3).  Jika kotak PENGESAHAN berwarna kelabu, itu bermakna tindakan pengesahan belum dibuat.  Jika berwarna hijau, itu bermakna tindakan pengesahan telah dibuat.

Tip 1 : Jika Tindakan Pengesahan Belum Dibuat

Kerja akan jadi sangat mudah jika tindakan pengesahan belum dilakukan.  Majikan hanya perlu ke  Senarai Potongan Bulan Semasa di bahagian bawah.  Di situ akan ada senarai nama pekerja yang terlibat untuk potongan PCB.  Di petak paling kiri pula (rujuk Gambar 2, panah merah bernombor 1) ada kotak kecil yang perlu ditandakan ✔️.  Tandakan ✔️ untuk ke semua pekerja yang ada dalam senarai tersebut, kemudian tekan butang HAPUS (rujuk Gambar 2, panah merah bernombor 2)

Tip 2 : Jika Tindakan Pengesahan Sudah Dibuat dan Kotak Tukar Status Pengesahan Berwarna Hijau

Jika tindakan pengesahan sudah dibuat, majikan masih ada satu lagi talian hayat untuk membetulkan masalah ini dengan cara mudah.  Tetapi kali ini majikan kena pastikan majikan log masuk ke dalam sistem ePCB menggunakan kata laluan dan ID utama / pentadbir.  Kata laluan dan ID pentadbir ini adalah kata laluan dan ID yang mula-mula sekali dicipta ketika majikan mendaftar ePCB. Selepas log masuk menggunakan kata laluan dan ID pengguna utama tadi, pergi sekali lagi ke pengiraan PCB bulan yang tersilap tadi, dan cuba lihat apakah warna Kotak 7 : Tukar Status Pengesahan (rujuk Gambar 2, panah merah bernombor 4) .  Jika kotak tersebut berwarna hijau, maka majikan hanya perlu tekan pada perkataan Tukar Status Pengesahan dan ulang semula tindakan hapus maklumat pengiraan seperti di perenggan di atas (rujuk tip 1).  

Tip 3 : Jika Tindakan Pengesahan Sudah Dibuat dan Kotak Tukar Status Pengesahan Berwarna Kelabu

Jika kotak Tukar Status Pengesahan berwarna kelabu, ini bermakna tindakan hapus maklumat pengiraan tidak lagi boleh dibuat.  Tindakan selanjutnya ini sedikit rumit dan pastikan anda fahami betul-betul cara-cara yang saya akan terangkan ini :

Pertama, anda perlu pergi ke menu Pekerja → Senarai Pekerja. (Rujuk gambar 3).

Langkah 2 : di senarai pekerja, majikan perlu kenalpasti pekerja yang terlibat.  Klik nama salah seorang pekerja yang terlibat. (Rujuk gambar 4).

Langkah 3 : Di paparan maklumat pekerja, klik butang KEMASKINI, dan kemudian tukar status pekerja dari AKTIF kepada TIDAK AKTIF. (Rujuk gambar 5 dan 6)

Ulang semula langkah 2 dan langkah 3 untuk lain-lain pekerja yang terlibat.

Langkah 4 : Selepas selesai menukar status semua pekerja yang terlibat kepada TIDAK AKTIF, majikan perlu daftarkan semula semua pekerja yang sama tadi sebagai pekerja baru. Pergi ke menu Pekerja → Tambah Pekerja (rujuk gambar 7) dan masukkan maklumat pekerja (rujuk gambar 8).

Selepas selesai mendaftarkan semua pekerja yang terlibat tadi, nama pekerja-pekerja tadi akan wujud dua kali dalam senarai pekerja, di mana satu berstatus aktif dan satu lagi berstatus tidak aktif. (Rujuk gambar 9)

Langkah 5 : Sekarang majikan sudah boleh cuba buat semula pengiraan PCB bagi bulan yang sepatutnya.  Jika berjaya teruskan pengiraan, jika pengiraan yang dibuat adalah untuk bulan Januari ataupun ini adalah bulan pertama gaji seorang pekerja baru, majikan tidak perlu tandakan ✔️ dalam kotak kecil sebelum ayat 'Pekerja Ini Pernah Bekerja Sebelum Ini Dalam Tahun Semasa'. (Rujuk gambar 10).
Tetapi jika pengiraan PCB adalah untuk bulan selain Januari, maka sila tandakan ✔️ dalam kotak tersebut. (Rujuk gambar 10).  Jika pengiraan bagi bulan selain Januari, majikan perlu pastikan juga maklumat bagi Saraan / Potongan/ Rebat / PCB Terkumpul Bulan Sebelum Tahun Semasa (sesetengah payroll menggunakan terma Year To Date) dimasukkan dengan betul.

Langkah 6 : Bagaimana jika langkah 5 tidak berjaya? Maka langkah 6 adalah langkah terakhir yang boleh dilakukan oleh majikan.  Kali ini majikan perlu membuat kumpulan pekerja baru.  Untuk membuat kumpulan pekerja yang baru, majikan perlu ke Laman Utama dan klik Kumpulan Pekerja di sebelah kanan skrin (rujuk gambar 11 dan gambar 12).  Selepas buat kumpulan pekerja baru, majikan perlu pindahkan semua pekerja yang terlibat ke dalam kumpulan baru ini.  Macam mana nak pindahkan?

Untuk pindahkan pekerja dari kumpulan lama ke dalam kumpulan yang baru, majikan perlu sekali lagi  ke laman utama dan klik Kumpulan Pekerja di sebelah kanan skrin (rujuk gambar 11).  Kali ini, di paparan senarai kumpulan, majikan perlu klik pautan Pilih Pekerja (rujuk gambar 12).  Langkah seterusnya ialah pilih pekerja dengan menanda ✔️ dalam kotak kecil di kolum paling kiri dan tekan butang PILIH. Nah, sekarang semua pekerja sudah dipindahkan dalam kumpulan 1 dan majikan bolehlah teruskan pengiraan PCB untuk bulan yang betul!

Sekali lagi, jangan lupakan tips yang telah dinyatakan dalam langkah 5 di atas..

Sekian, selamat mencuba!

Gambar 3 : Menu Pekerja


Gambar 4 : Paparan senarai pekerja

Gambar 5 : Paparan Maklumat Pekerja


Gambar 6 : Kemaskini maklumat pekerja


Gambar 7 : Menu tambah pekerja


Gambar 8 : Paparan tambah pekerja


Gambar 9 : Senarai pekerja terkini


Gambar 10 : Saringan maklumat
sebelum peringkat pengiraan PCB



Gambar 11 : Pautan ke Kumpulan Pekerja


Gambar 12 : Tambah Kumpulan Pekerja


Gambar 13 : Pindah masuk pekerja
ke kumpulan baru

Comments

Popular posts from this blog

4 KESALAHAN MAJIKAN BERKAITAN PCB

Kegagalan majikan mematuhi Potongan Cukai Bulanan boleh disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994.  Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah tidak mematuhi subkaedah 10(1) atau Kaedah 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.  Jenis-jenis kesalahan di bawah kaedah ini adalah :  Gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 15hb. pada bulan berikutnya. Gagal atau kurang meremitkan bayaran PCB yang telah dipotong daripada saraan pekerja Gagal memotong PCB daripada saraan pekerja Kurang memotong PCB.  PENJELASAN TERPERINCI Gagal Meremitkan Bayaran Sebelum atau Pada 15hb Pada Bulan Berikutnya Majikan sepatutnya mempunyai tempoh masa yang sangat mencukupi untuk mengemukakan data PCB dan meremitkan bayaran PCB ke LHDN iaitu bermula dari hari pengiraan

KALKULATOR PCB : FAHAMI CARA PENGGUNAAN KALKULATOR PCB YANG BETUL

KALKULATOR PCB : FAHAMI CARA PENGGUNAAN KALKULATOR PCB YANG BETUL Kalkulator PCB merupakan salah satu alat bantu pengiraan PCB yang disediakan oleh LHDNM di laman webnya.  Bagi majikan yang tidak mempunyai sistem payrol berkomputer, mereka bolehlah menggunakan kalkulator ini untuk menentukan PCB pekerja. Bagi pekerja pula, Kalkulator PCB ini amat berguna dalam membantu anda menyemak semula potongan cukai yang dibuat oleh majikan, sama ada ianya tepat atau tidak.  Sama ada anda majikan atau pekerja, adalah amat penting untuk memahami setiap istilah kata dan fungsi dalam Kalkulator PCB bagi membolehkan anda mendapat hasil pengiraan yang tepat!  Rajah 1 : Kalkulator PCB sesuai digunakan dalam Internet Explorer 3 FAKTA PENTING MENGENAI KALKULATOR PCB : Boleh dicapai melalui alamat web  KALKULATOR PCB   Paparan paling sesesuai adalah dengan menggunakan Internet Explorer sebagai pelayar. Kalkulator ini tidak menyimpan maklumat pengiraan.  Pengguna hendaklah membuat cetakan selepas selesai me