Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

ISU 'NO RECORD' DALAM SISTEM e-PCB

Ada majikan yang sangat risau bila nak kira PCB, tiba-tiba ternampak catatan NO RECORD di bahagian Penyata Potongan Daripada Saraan Oleh Majikan. Jangan risau, senang je tu. Apa kata tengok video di bawah ni...harapnya dapat membantu menyelesaikan masalah anda..

MAJIKAN WAJIB TAHU 3 KATEGORI SARAAN INI DALAM MENENTUKAN PCB PEKERJA

3 Kategori saraan yang majikan akan sentiasa jumpa dalam sistem pengiraan PCB seperti e-PCB, Kalkulator PCB dan lain-lain sistem seumpamanya ialah :      SARAAN TERKUMPUL BULAN SEBELUM DALAM TAHUN SEMASA,      SARAAN BULAN SEMASA, dan     SARAAN TAMBAHAN BULAN SEMASA      Penting  untuk majikan mengetahui maksud setiap kategori ini kerana ianya boleh membantu majikan memahami cara sistem pengiraan PCB bekerja, seterusnya dapat mengelakkan kesalahan yang tidak diingini.       Jadi ayuh kita lihat penjelasan untuk setiap satu istilah saraan tersebut.    Pertama sekali kita perlu fahami apa itu yang dikatakan sebagai BULAN SEMASA dan TAHUN SEMASA.  Istilah ini akan selalu digunakan bila kita bercakap tentang PCB (dan lain-lain hal percukaian).  Dalam konteks pengiraan PCB, bulan semasa merujuk kepada situasi berikut : Jika PCB baru hendak dikira, maka  bulan semasa adalah  bulan gaji di mana PCB hendak dipotong. Jika amaun PCB telah ditentukan dan majikan sekarang ingin kemukakan baya

SALAH PILIH BULAN DALAM e PCB

Anda telah terpilih bulan yang salah dalam sistem ePCB? Sistem tidak membenarkan anda membuat tindakan pembetulan? Sistem mengeluarkan paparan "Pengiraan Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dilakukan"? Sekiranya anda menghadapi masalah-masalah di atas, maka anda perlu menonton video di bawah ini sehingga habis. Video ini akan menerangkan punca masalah yang berlaku dan cara-cara menyelesaikan masalah tersebut.

Sistem-sistem Berkaitan PCB disediakan LHDNM

Anda baru ditugaskan menguruskan PCB pekerja? Pening kepada tak tahu tahu nak guna sistem apa? Keliru nak pilih antara ePCB, eData PCB dan eCP39? Jom tengok video ini, semoga dapat membantu menghilangkan kekeliruan anda! Berikut adalah pautan ke sistem-sistem berkaitan PCB yang disediakan oleh LHDNM ePCB https://ekls.hasil.gov.my/ e-Data PCB https://eapps.hasil.gov.my/ e-CP39 https://ecp39.hasil.gov.my/login