Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

ISU 'NO RECORD' DALAM SISTEM e-PCB

Ada majikan yang sangat risau bila nak kira PCB, tiba-tiba ternampak catatan NO RECORD di bahagian Penyata Potongan Daripada Saraan Oleh Majikan. Jangan risau, senang je tu. Apa kata tengok video di bawah ni...harapnya dapat membantu menyelesaikan masalah anda..

MAJIKAN WAJIB TAHU 3 KATEGORI SARAAN INI DALAM MENENTUKAN PCB PEKERJA

3 Kategori saraan yang majikan akan sentiasa jumpa dalam sistem pengiraan PCB seperti e-PCB, Kalkulator PCB dan lain-lain sistem seumpamanya ialah :      SARAAN TERKUMPUL BULAN SEBELUM DALAM TAHUN SEMASA,      SARAAN BULAN SEMASA, dan     SARAAN TAMBAHAN BULAN SEMASA      Penting  untuk majikan mengetahui maksud setiap kategori ini kerana ianya boleh membantu majikan memahami cara sistem pengiraan PCB bekerja, seterusnya dapat mengelakkan kesalahan yang tidak diingini.       Jadi ayuh kita lihat penjelasan untuk setiap satu istilah saraan tersebut.    Pertama sekali kita perlu fahami apa itu yang dikatakan sebagai BULAN SEMASA dan TAHUN SEMASA.  Istilah ini akan selalu digunakan bila kita bercakap tentang PCB (dan lain-lain hal percukaian).  Dalam konteks pengiraan PCB, bulan semasa merujuk kepada situasi berikut : Jika PCB baru hendak dikira, maka  bulan semasa adalah  bulan gaji di mana PCB hendak dipotong. Jika amaun PCB telah ditentukan dan majikan sekarang ingin kemukakan baya