Skip to main content

Masalah Berkaitan Sistem ePCB : Proses Pengiraan Tidak Berjaya dan Kotak Untuk Amaun KWSP Berwarna Merah



Acap kali juga kami terima pertanyaan mengenai masalah ini, di mana majikan maklumkan proses pengiraan tidak berjaya walaupun dah berkali-kali tekan butang KIRA. Majikan juga maklumkan petak untuk amaun KWSP bertukar kepada warna merah.

Punca kepada masalah ini ialah pengguna telah masukkan amaun KWSP melebihi kadar yang dibenarkan untuk tahun tersebut. Sebagai contoh, untuk tahun 2020, jumlah caruman KWSP yang boleh dimasukkan dalam pengiraan PCB mestilah tidak melebihi RM4000. Maka majikan perlulah pastikan jumlah keseluruhan KWSP iaitu KWSP TERKUMPUL + KWSP BULAN SEMASA + KWSP SARAAN TAMBAHAN haruslah tidak melebihi RM4000. Tak kiralah berapa banyak sekalipun caruman KWSP sebenar pekerja, tapi yang boleh diambil kira dalam pengiraan PCB tahun 2020 hanyalah RM4000 sahaja.

Jika KWSP terkumpul sudah mencapai RM4000, maka KWSP untuk bulan semasa dan KWSP saraan tambahan tidak lagi boleh dimasukkan. Biarkan sahaja amaun dalam petak tersebut kekal RM0.00.

Jika KWSP terkumpul adalah RM3960, maka KWSP untuk bulan semasa yang boleh dimasukkan hanyalah RM40.

Aneh juga mengapa ada ramai majikan gagal selesaikan masalah mudah ini walhal penyedia sistem ada sediakan nota panduan dan nota penerangan untuk rujukan pengguna sistem.

Sepatutnya dengan menekan butang bulat berwarna biru dengan huruf 'i' didalamnya, majikan sudah boleh dapat jawapan kepada masalah ini. Kalau masih tak cukup jelas, penyedia sistem tambahkan lagi nota penerangan yang akan muncul sebaik pengguna letakkan 'pointer' tetikus di atas bulatan merah kecil dengan huruf 'x' di dalamnya.

Comments

Popular posts from this blog

Masalah Berkaitan ePCB : Maklumat Pengiraan PCB Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dimasukkan, Sila Hapuskan Maklumat Berkenaan Bagi Meneruskan Pengiraan Bagi Bulan Ini

  Gambar 1 : Paparan makluman pengiraan bulan berikutnya telah dibuat Ramai yang buntu bila terkena masalah ini, di mana selepas pilih pekerja yang hendak ditentukan PCBnya, sistem pula tidak mahu pergi ke peringkat pengiraan.  Sebaliknya sistem mengeluarkan catatan berbunyi "Maklumat PCB bagi bulan-bulan berikutnya bagi tahun semasa telah dimasukkan, sila hapuskan maklumat berkenaan bagi meneruskan pengiraan bagi bulan ini" . PUNCA MASALAH Apa yang berlaku sebenarnya ialah sistem telah mengesan ada pengiraan PCB telah dibuat secara 'in advance' untuk bulan-bulan yang akan datang.  Sebagai contoh, semasa hendak menentukan PCB bagi bulan Mac, majikan entah macam mana tersilap memilih bulan May.  Majikan tidak sedar telah silap memilih bulan dan meneruskan pengiraan sampai ke peringkat bayaran.  Apabila tiba hari untuk majikan buat pengiraan PCB bulan April, sistem tidak membenarkan majikan meruskan pengiraan dan sistem akan paparkan mesej amaran seperti dala...

4 KESALAHAN MAJIKAN BERKAITAN PCB

Kegagalan majikan mematuhi Potongan Cukai Bulanan boleh disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994.  Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah tidak mematuhi subkaedah 10(1) atau Kaedah 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.  Jenis-jenis kesalahan di bawah kaedah ini adalah :  Gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 15hb. pada bulan berikutnya. Gagal atau kurang meremitkan bayaran PCB yang telah dipotong daripada saraan pekerja Gagal memotong PCB daripada saraan pekerja Kurang memotong PCB.  PENJELASAN TERPERINCI Gagal Meremitkan Bayaran Sebelum atau Pada 15hb Pada Bulan Berikutnya Majikan sepatutnya mempunyai tempoh masa yang sangat mencukupi untuk mengemukakan data PCB dan meremitkan bayaran PCB ke LHDN iaitu bermula ...

16 JENIS PENDAPATAN KENA AMBIL KIRA BAGI MENENTUKAN PCB PEKERJA

Sebelum menentukan PCB pekerja, majikan perlu tahu dulu pendapatan yang wajib diambil kira dalam menentukan PCB pekerja dan jenis pendapatan yang layak mendapat pengecualian cukai atau yang boleh dikecualikan dari penentuan PCB. Berikut adalah senarai 16 pendapatan layak kena cukai / wajib diambil kira dalam penentuan PCB : Gaji Fi pengarah Upah Perkuisit Baca Pekeliling Umum Bil. 5/2019 Bayaran kerja lebih masa Skim Opsyen Saham Pekerja (SOSP)    Baca Pekeliling Umum Bil.11/2012_pin_14022017 Komisen Cukai Yang Ditanggung oleh Majikan   Baca Pekeliling Umum Bil 11/2016 Tip Ganjaran   Baca Pekeliling Umum Bil. 09/2016 Elaun Pampasan Kerana Kehilangan Pekerjaan  Baca Pekeliling Umum Bil.1/2012 Bonus/insentif Nilai Tempat Kediaman (NTK)   Baca Pekeliling Umum Bil 3/2015 (Tambahan) Baca Pekeliling Umum Bil. 3/2015 (asal) Manfaat Berupa Barangan (BIK)  ...