Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Sistem-sistem LHDN Khusus Untuk Membantu Majikan Mengurus PCB Dengan Baik

Selain dari sistem yang disediakan pihak bank untuk pelanggan mereka, LHDN juga ada membangunkan beberapa sistem khusus untuk menguruskan PCB.  Sistem ini boleh digunakan oleh para majikan secara percuma.   Terdapat 3 sistem yang disediakan di laman web LHDN iaitu  e-PCB e-Data PCB e-CP39 Gambar 1 : Tiga sistem LHDNM berkaitan PCB Berikut adalah penerangan untuk setiap sistem : e-PCB Gambar 2 : e-PCB Pautan untuk ke sistem e-PCB :  https://ekls.hasil.gov.my/ Majikan yang tidak mempunyai sistem payrol digalakkan menggunakan sistem e-PCB. Kelebihan sistem ini ialah data yang diinput ke dalam sistem akan disimpan oleh server LHDN. So bila-bila masa sahaja majikan boleh semak semula rekod pengiraan PCB yang telah dibuat. Tapi masalahnya server yang disediakan untuk e-PCB tak besar mana, so LHDN mampu simpan data dari sistem ini untuk tempoh 2 tahun je. Nak tak nak majikan kena rajin juga buat cetakan (print) pengiraan yang telah dibuat dalam sistem ni.