Skip to main content

4 KESALAHAN MAJIKAN BERKAITAN PCB

Kegagalan majikan mematuhi Potongan Cukai Bulanan boleh disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994.  Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah tidak mematuhi subkaedah 10(1) atau Kaedah 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.  Jenis-jenis kesalahan di bawah kaedah ini adalah : 
  1. Gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 15hb. pada bulan berikutnya.
  2. Gagal atau kurang meremitkan bayaran PCB yang telah dipotong daripada saraan pekerja
  3. Gagal memotong PCB daripada saraan pekerja
  4. Kurang memotong PCB. 

PENJELASAN TERPERINCI

Gagal Meremitkan Bayaran Sebelum atau Pada 15hb Pada Bulan Berikutnya

Majikan sepatutnya mempunyai tempoh masa yang sangat mencukupi untuk mengemukakan data PCB dan meremitkan bayaran PCB ke LHDN iaitu bermula dari hari pengiraan gaji bagi sesuatu bulan dibuat sehingga ke hari ke-15 bulan berikutnya.  Sebagai contoh PCB yang dipotong dari gaji bulan Jun boleh dikemukakan ke LHDN pada atau sebelum 15 Julai.

Gagal atau Kurang Meremitkan PCB Yang Telah Dipotong Daripada Saraan Pekerja

Sebelum mengemukakan data PCB ke LHDN, majikan hendaklah pastikan amaun yang direkodkan dalam data PCB dan amaun yang dicatat pada instrumen bayaran adalah menepati jumlah PCB yang telah dipotong daripada saraan setiap pekerja. 

Di pihak pekerja pula, mereka haruslah sentiasa peka dengan potongan yang dibuat oleh majikan. Sesekali semaklah e-lejar masing-masing.  Pastikan amaun PCB dalam e-lejar adalah sama dengan amaun yang dicatat dalam slip gaji.  Kalau tak sama, segera rujuk ke pihak majikan.  Bagi kes potongan PCB yang tidak wujud di e-lejer, pekerja harus segera melaporkan ke cawangan LHDN berhampiran. PCB yang gagal diremitkan oleh majikan boleh menyebabkan anda mempunyai tunggakan cukai di LHDN dan akan selalu 'dikejar' LHDN. 'Stress' pula nanti jadinya!

Gagal Memotong PCB Daripada Saraan Pekerja

PCB adalah satu satu dari 4 jenis potongan gaji yang diwajibkan ke atas majikan selain daripada KWSP, PERKESO dan SIP.  Gagal membuat potongan bermakna majikan boleh dikenakan kompaun. Bagaimanapun ramai majikan ambil mudah mengenai PCB berbanding lain-lain potongan yang diwajibkan kerajaan.  

Kurang Membuat Potongan 

Ini adalah kesalahan yang boleh dan kerap dilakukan oleh majikan.  Kesalahan ini boleh berlaku disebabkan majikan kurang faham mengenai jenis-jenis bayaran saraan yang wajib diambil kira dalam penentuan PCB dan bayaran mana yang diberi pengecualian.  Faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya kesalahan ini ialah kurang faham cara penggunaan sistem gaji / kalkulator PCB / ePCB dan tidak menggunakan jadual PCB terkini.



Cadangan Penyelesaian

Jangan ambil mudah mengenai PCB.  Berikut adalah cadangan tindakan yang wajar diambil oleh majikan bagi mengelakkan kesalahan-kesalahan di atas:
  1. Majikan haruslah sentiasa berhubung dengan mana-mana cawangan LHDN berhampiran bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan PCB, seelok-eloknya di awal tahun.   Maklumat terkini mengenai PCB juga selalu dikemaskini di laman web LHDN di bawah tajuk / menu MAJIKAN.
  2. 'Majikan baru' wajib hadir ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran bagi mempelajari kaedah pengiraan PCB pekerja dengan betul, tidak kiralah sama ada menggunakan sistem saraan berkomputer (payroll software) ataupun tidak. 
  3. Sekiranya majikan ingin membeli perisian sistem saraan berkomputer, pastikan perisian tersebut dibekalkan oleh pembekal perisian yang menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh LHDN.

Comments

Popular posts from this blog

Masalah Berkaitan ePCB : Maklumat Pengiraan PCB Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dimasukkan, Sila Hapuskan Maklumat Berkenaan Bagi Meneruskan Pengiraan Bagi Bulan Ini

  Gambar 1 : Paparan makluman pengiraan bulan berikutnya telah dibuat Ramai yang buntu bila terkena masalah ini, di mana selepas pilih pekerja yang hendak ditentukan PCBnya, sistem pula tidak mahu pergi ke peringkat pengiraan.  Sebaliknya sistem mengeluarkan catatan berbunyi "Maklumat PCB bagi bulan-bulan berikutnya bagi tahun semasa telah dimasukkan, sila hapuskan maklumat berkenaan bagi meneruskan pengiraan bagi bulan ini" . PUNCA MASALAH Apa yang berlaku sebenarnya ialah sistem telah mengesan ada pengiraan PCB telah dibuat secara 'in advance' untuk bulan-bulan yang akan datang.  Sebagai contoh, semasa hendak menentukan PCB bagi bulan Mac, majikan entah macam mana tersilap memilih bulan May.  Majikan tidak sedar telah silap memilih bulan dan meneruskan pengiraan sampai ke peringkat bayaran.  Apabila tiba hari untuk majikan buat pengiraan PCB bulan April, sistem tidak membenarkan majikan meruskan pengiraan dan sistem akan paparkan mesej amaran seperti dalam gambar di

KALKULATOR PCB : FAHAMI CARA PENGGUNAAN KALKULATOR PCB YANG BETUL

KALKULATOR PCB : FAHAMI CARA PENGGUNAAN KALKULATOR PCB YANG BETUL Kalkulator PCB merupakan salah satu alat bantu pengiraan PCB yang disediakan oleh LHDNM di laman webnya.  Bagi majikan yang tidak mempunyai sistem payrol berkomputer, mereka bolehlah menggunakan kalkulator ini untuk menentukan PCB pekerja. Bagi pekerja pula, Kalkulator PCB ini amat berguna dalam membantu anda menyemak semula potongan cukai yang dibuat oleh majikan, sama ada ianya tepat atau tidak.  Sama ada anda majikan atau pekerja, adalah amat penting untuk memahami setiap istilah kata dan fungsi dalam Kalkulator PCB bagi membolehkan anda mendapat hasil pengiraan yang tepat!  Rajah 1 : Kalkulator PCB sesuai digunakan dalam Internet Explorer 3 FAKTA PENTING MENGENAI KALKULATOR PCB : Boleh dicapai melalui alamat web  KALKULATOR PCB   Paparan paling sesesuai adalah dengan menggunakan Internet Explorer sebagai pelayar. Kalkulator ini tidak menyimpan maklumat pengiraan.  Pengguna hendaklah membuat cetakan selepas selesai me