Skip to main content

SISTEM ePCB : PANDUAN PENDAFTARAN MAJIKAN

SISTEM ePCB : PANDUAN PENDAFTARAN MAJIKAN

Walaupun sistem ini telah diwujudkan oleh LHDN semenjak tahun 2009 lagi, tetapi masih ramai majikan di luar sana tidak arif cara menggunakan sistem ini dengan betul.

Di sini kami kongsikan langkah pertama yang perlu dibuat oleh majikan sebelum boleh menggunakan sistem e-PCB ini.  Dalam video di bawah, kami tunjukkan secara terperinci langkah-langkah mendaftarkan fail majikan ke dalam sistem ePCB.

Video ini khusus untuk majikan yang belum mempunyai akaun ePCB, di mana kami cuma tunjukkan peringkat awal menggunakan sistem ini.  Untuk pengiraan PCB pula, kami akan kongsikan caranya melalui video lain.

Selain itu, sila ambil perhatian bahawa sistem e-PCB ini disediakan oleh LHDN khas untuk majikan yang tidak menggunakan sistem payroll berkomputer / payrol software.  Majikan yang sudah mempunyai sistem payroll berkomputer TIDAK BOLEH menggunakan ePCB bagi menghantar data PCB pekerja.




Comments

Popular posts from this blog

Masalah Berkaitan ePCB : Maklumat Pengiraan PCB Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dimasukkan, Sila Hapuskan Maklumat Berkenaan Bagi Meneruskan Pengiraan Bagi Bulan Ini

  Gambar 1 : Paparan makluman pengiraan bulan berikutnya telah dibuat Ramai yang buntu bila terkena masalah ini, di mana selepas pilih pekerja yang hendak ditentukan PCBnya, sistem pula tidak mahu pergi ke peringkat pengiraan.  Sebaliknya sistem mengeluarkan catatan berbunyi "Maklumat PCB bagi bulan-bulan berikutnya bagi tahun semasa telah dimasukkan, sila hapuskan maklumat berkenaan bagi meneruskan pengiraan bagi bulan ini" . PUNCA MASALAH Apa yang berlaku sebenarnya ialah sistem telah mengesan ada pengiraan PCB telah dibuat secara 'in advance' untuk bulan-bulan yang akan datang.  Sebagai contoh, semasa hendak menentukan PCB bagi bulan Mac, majikan entah macam mana tersilap memilih bulan May.  Majikan tidak sedar telah silap memilih bulan dan meneruskan pengiraan sampai ke peringkat bayaran.  Apabila tiba hari untuk majikan buat pengiraan PCB bulan April, sistem tidak membenarkan majikan meruskan pengiraan dan sistem akan paparkan mesej amaran seperti dala...

4 KESALAHAN MAJIKAN BERKAITAN PCB

Kegagalan majikan mematuhi Potongan Cukai Bulanan boleh disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994.  Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah tidak mematuhi subkaedah 10(1) atau Kaedah 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.  Jenis-jenis kesalahan di bawah kaedah ini adalah :  Gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 15hb. pada bulan berikutnya. Gagal atau kurang meremitkan bayaran PCB yang telah dipotong daripada saraan pekerja Gagal memotong PCB daripada saraan pekerja Kurang memotong PCB.  PENJELASAN TERPERINCI Gagal Meremitkan Bayaran Sebelum atau Pada 15hb Pada Bulan Berikutnya Majikan sepatutnya mempunyai tempoh masa yang sangat mencukupi untuk mengemukakan data PCB dan meremitkan bayaran PCB ke LHDN iaitu bermula ...

16 JENIS PENDAPATAN KENA AMBIL KIRA BAGI MENENTUKAN PCB PEKERJA

Sebelum menentukan PCB pekerja, majikan perlu tahu dulu pendapatan yang wajib diambil kira dalam menentukan PCB pekerja dan jenis pendapatan yang layak mendapat pengecualian cukai atau yang boleh dikecualikan dari penentuan PCB. Berikut adalah senarai 16 pendapatan layak kena cukai / wajib diambil kira dalam penentuan PCB : Gaji Fi pengarah Upah Perkuisit Baca Pekeliling Umum Bil. 5/2019 Bayaran kerja lebih masa Skim Opsyen Saham Pekerja (SOSP)    Baca Pekeliling Umum Bil.11/2012_pin_14022017 Komisen Cukai Yang Ditanggung oleh Majikan   Baca Pekeliling Umum Bil 11/2016 Tip Ganjaran   Baca Pekeliling Umum Bil. 09/2016 Elaun Pampasan Kerana Kehilangan Pekerjaan  Baca Pekeliling Umum Bil.1/2012 Bonus/insentif Nilai Tempat Kediaman (NTK)   Baca Pekeliling Umum Bil 3/2015 (Tambahan) Baca Pekeliling Umum Bil. 3/2015 (asal) Manfaat Berupa Barangan (BIK)  ...