Skip to main content

KALKULATOR PCB : APA ITU 'PERNAH BEKERJA SEBELUM INI DALAM TAHUN SEMASA'?

KALKULATOR PCB 



Kebanyakan majikan bila pertama kali ingin menggunakan Kalkulator PCB di laman sesawang LHDN, mesti akan keliru nak membuat pilihan sama ada petak A ( PERNAH BEKERJA SEBELUM INI DALAM TAHUN SEMASA ) atau petak B ( TIDAK PERNAH BEKERJA SEBELUM INI DALAM TAHUN SEMASA ). 

Mudah sahaja nak pilih kalau faham fungsi kedua-duanya.

Majikan mesti pilih petak A ( Pernah Bekerja Sebelum Ini Dalam Tahun Semasa ) untuk situasi berikut : 

1) pengiraan PCB dibuat untuk bulan selain Januari, dimana majikan mempunyai maklumat atau pengetahuan mengenai saraan, KWSP dan PCB terkumpul bermula bulan Januari tahun semasa sehingga bulan sebelum bulan pengiraan PCB hendak dibuat. Sebagai contoh, sekiranya majikan hendak membuat pengiraan PCB bagi bulan Julai 2020, maka majikan mestilah mempunyai maklumat atau pengetahuan jumlah saraan, PCB dan KWSP terkumpul pekerja itu bagi bulan Januari 2020 sehingga Jun 2020. 


Majikan mesti pilih Petak B ( TIDAK PERNAH BEKERJA DALAM TAHUN SEMASA ) untuk situasi berikut :

1) jika majikan hendak membuat pengiraan PCB bagi bulan JANUARI, majikan mesti pilih petak B. 
 
2) pengiraan PCB bagi pekerja baru yang mula bekerja dalam bulan selain Januari, dan majikan TIDAK MEMPUNYAI MAKLUMAT atau pengetahuan mengenai saraan / potongan / PCB terkumpul pekerja itu di majikan lamanya.


-perkongsian tamat- 

#kalkulatorpcb #pcb #LHDNM #ezhasil #kiraPCB #majikan #LHDN #potongangaji #kalkulator #MTD #taxdeduction #potongancukai

Comments

Popular posts from this blog

Masalah Berkaitan ePCB : Maklumat Pengiraan PCB Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dimasukkan, Sila Hapuskan Maklumat Berkenaan Bagi Meneruskan Pengiraan Bagi Bulan Ini

  Gambar 1 : Paparan makluman pengiraan bulan berikutnya telah dibuat Ramai yang buntu bila terkena masalah ini, di mana selepas pilih pekerja yang hendak ditentukan PCBnya, sistem pula tidak mahu pergi ke peringkat pengiraan.  Sebaliknya sistem mengeluarkan catatan berbunyi "Maklumat PCB bagi bulan-bulan berikutnya bagi tahun semasa telah dimasukkan, sila hapuskan maklumat berkenaan bagi meneruskan pengiraan bagi bulan ini" . PUNCA MASALAH Apa yang berlaku sebenarnya ialah sistem telah mengesan ada pengiraan PCB telah dibuat secara 'in advance' untuk bulan-bulan yang akan datang.  Sebagai contoh, semasa hendak menentukan PCB bagi bulan Mac, majikan entah macam mana tersilap memilih bulan May.  Majikan tidak sedar telah silap memilih bulan dan meneruskan pengiraan sampai ke peringkat bayaran.  Apabila tiba hari untuk majikan buat pengiraan PCB bulan April, sistem tidak membenarkan majikan meruskan pengiraan dan sistem akan paparkan mesej amaran seperti dala...

4 KESALAHAN MAJIKAN BERKAITAN PCB

Kegagalan majikan mematuhi Potongan Cukai Bulanan boleh disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994.  Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah tidak mematuhi subkaedah 10(1) atau Kaedah 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.  Jenis-jenis kesalahan di bawah kaedah ini adalah :  Gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 15hb. pada bulan berikutnya. Gagal atau kurang meremitkan bayaran PCB yang telah dipotong daripada saraan pekerja Gagal memotong PCB daripada saraan pekerja Kurang memotong PCB.  PENJELASAN TERPERINCI Gagal Meremitkan Bayaran Sebelum atau Pada 15hb Pada Bulan Berikutnya Majikan sepatutnya mempunyai tempoh masa yang sangat mencukupi untuk mengemukakan data PCB dan meremitkan bayaran PCB ke LHDN iaitu bermula ...

Masalah Berkaitan Sistem ePCB : Proses Pengiraan Tidak Berjaya dan Kotak Untuk Amaun KWSP Berwarna Merah

Acap kali juga kami terima pertanyaan mengenai masalah ini, di mana majikan maklumkan proses pengiraan tidak berjaya walaupun dah berkali-kali tekan butang KIRA. Majikan juga maklumkan petak untuk amaun KWSP bertukar kepada warna merah. Punca kepada masalah ini ialah pengguna telah masukkan amaun KWSP melebihi kadar yang dibenarkan untuk tahun tersebut. Sebagai contoh, untuk tahun 2020, jumlah caruman KWSP yang boleh dimasukkan dalam pengiraan PCB mestilah tidak melebihi RM4000. Maka majikan perlulah pastikan jumlah keseluruhan KWSP iaitu KWSP TERKUMPUL + KWSP BULAN SEMASA + KWSP SARAAN TAMBAHAN haruslah tidak melebihi RM4000 . Tak kiralah berapa banyak sekalipun caruman KWSP sebenar pekerja, tapi yang boleh diambil kira dalam pengiraan PCB tahun 2020 hanyalah RM4000 sahaja. Jika KWSP terkumpul sudah mencapai RM4000, maka KWSP untuk bulan semasa dan KWSP saraan tambahan tidak lagi boleh dimasukkan. Biarkan sahaja amaun dalam petak tersebut kekal RM0.00. Jika KWSP terkumpul adalah ...