Masalah Berkaitan ePCB : Maklumat Pengiraan PCB Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dimasukkan, Sila Hapuskan Maklumat Berkenaan Bagi Meneruskan Pengiraan Bagi Bulan Ini
Gambar 1 : Paparan makluman pengiraan bulan berikutnya telah dibuat Ramai yang buntu bila terkena masalah ini, di mana selepas pilih pekerja yang hendak ditentukan PCBnya, sistem pula tidak mahu pergi ke peringkat pengiraan. Sebaliknya sistem mengeluarkan catatan berbunyi "Maklumat PCB bagi bulan-bulan berikutnya bagi tahun semasa telah dimasukkan, sila hapuskan maklumat berkenaan bagi meneruskan pengiraan bagi bulan ini" . PUNCA MASALAH Apa yang berlaku sebenarnya ialah sistem telah mengesan ada pengiraan PCB telah dibuat secara 'in advance' untuk bulan-bulan yang akan datang. Sebagai contoh, semasa hendak menentukan PCB bagi bulan Mac, majikan entah macam mana tersilap memilih bulan May. Majikan tidak sedar telah silap memilih bulan dan meneruskan pengiraan sampai ke peringkat bayaran. Apabila tiba hari untuk majikan buat pengiraan PCB bulan April, sistem tidak membenarkan majikan meruskan pengiraan dan sistem akan paparkan mesej amaran seperti dala...