Perkongsian ini adalah untuk para majikan yang datang dari perniagaan kecil sama ada SDN BHD, BHD, PLT, perkongsian atau milikan tunggal, juga kepada kerani dan eksekutif yang menguruskan hal-hal penggajian (payroll) dan sumber manusia (HR).
Ramai di kalangan majikan gagal mendapat informasi yang betul mengenai tanggungjawab mereka terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia walaupun tanggungjawab ini ada disenaraikan di laman web LHDNM.
Rujuk pautan berikut untuk melihat ringkasan tanggungjawab majikan yang disenaraikan di laman sesawang LHDNM :
Klik sini untuk ke laman sesawang LHDNM
"SAYA BUKAN MAJIKAN LA, SAYA BERNIAGA KECIL SAHAJA"
Ini adalah salah satu kesilapan yang biasa. Ada majikan yang tidak sedar dia sebenarnya dah lama jadi majikan. Pelik, tapi benar. Sama ada ini sekadar alasan ataupun memang mereka benar-benar tidak tahu.
Jom lihat taksiran majikan dan pekerja dari perspektif LHDNM :
“Majikan” berhubung dengan sesuatu penggajian bermaksud -
“Pekerja” berhubung dengan sesuatu penggajian bermaksud -
Dalam kes perniagaan bebentuk SDN BHD dan PLT pula macam mana ye? Dalam kes SDN BHD dan PLT, pengarah syarikat juga dianggap sebagai pekerja bila dia menerima gaji atau apa-apa bayaran lain dari syarikat yang ditubukannya sendiri.

- Tuan, di mana terdapat perhubungan di antara tuan dan orang suruhan,
- Jika perhubungan di antara tuan dan orang suruhan tidak wujud, ianya adalah orang yang membayar atau bertanggungjawab untuk membayar gaji pekerja yang digajikan, walaupun orang yang membayar dan pekerja itu adalah orang yang sama tetapi bertindak dalam kapasiti yang berlainan.
“Pekerja” berhubung dengan sesuatu penggajian bermaksud -
- Orang suruhan, di mana terdapat perhubungan di antara orang suruhan dan tuan,
- Jika perhubungan di antara orang suruhan dan tuan tidak wujud, ianya adalah pemegang perlantikan atau perjawatan yang menzahirkan penggajian tersebut.
Mail "Mat, staff aku cutilah seminggu minggu depan. Ko tolong abang kat kedai boleh tak minggu depan? Abang bayarlah nanti, kira sejam 2 ringgit. Ok?"
Mat "Bolehlah bang. Alang-alang Mat cuti semester 3 minggu ni. Dapat juga sikit duit poket"
Dalam kes perniagaan bebentuk SDN BHD dan PLT pula macam mana ye? Dalam kes SDN BHD dan PLT, pengarah syarikat juga dianggap sebagai pekerja bila dia menerima gaji atau apa-apa bayaran lain dari syarikat yang ditubukannya sendiri.
BERIKUT ADALAH SENARAI TANGGUNGJAWAB MAJIKAN YANG DIGARISKAN OLEH LHDNM :
- TANGGUNGJAWAB TERHADAP LHDNM
- Mendaftar Fail E sejurus selepas mendaftar fail C/ OG/ D / dan lain-lain
- Mengemukakan file E secara e-filing pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun
- Makluman Pekerja Baru
- Kalau ambil pekerja baru, yang ada kebarangkalian untuk kena cukai, atau dah memang akan kena cukai, eloklah cepat-cepat maklumkan ke LHDN dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja tu mula kerja. Isi je borang CP22 dan hantar ke cawangan LHDN terdekat [Seksyen 83(2), Akta Cukai Pendapatan 1967].
- Makluman Pemberhentian Pekerja
- Bila ada pekerja berhenti dalam 3 situasi ni, majikan kena maklumkan kepada LHDN mengenai mereka dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh berhenti :
- pekerja akan bersara
- pekerja yang tertakluk kepada PCB tapi majikan tak buat potongan tersebut (pasai apa la hang tak buat?)
- pekerja yang akan keluar negara (tak akan kembali semula ke Malaysia dalam masa terdekat atau selamanya)
- Informasi terperinci mengenai pemberhentian pekerja boleh diperolehi di pautan berikut: http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.phpbt_kump=50&bt_skum=1&bt_posi=1&bt_unit=3&bt_sequ=3
- Menahan Wang Pekerja
- Bagi kes pemberhentian pekerja seperti di atas, majikan wajib menahan apa-apa bayaran terakhir kepada pekerja sehingga Surat Penyelesaian Cukai (SPC) dikeluarkan ke atas pekerja, atau sehingga 90 hari. Kalau lepas 90 hari LHDN masih lagi gagal untuk isu Surat Penyelesaian Cukai sedangkan dokumen yang lengkap dah dikemukakan ke LHDN, maka majikan bolehlah lepaskan wang yang ditahan tu kepada pekerja. (jangan tahan lama-lama, boleh buat gaduh woo)
- Bagaimanapun kewajipan ini dikecualikan bila majikan dah buat 3 perkara ni :
- Pekerja tersebut tertakluk kepada PCB dan potongan telah dibuat oleh majikan dengan betul dan teratur.
- Saraan pekerja berkenaan adalah kurang daripada amaun pendapatan yang tertakluk kepada PCB.
- Majikan mengetahui yang pekerja tersebut akan bekerja dengan majikan lain di Malaysia.
- TANGGUNGJAWAB TERHADAP PEKERJA
- Mengeluarkan Penyata Saraan Tahunan (Borang EA/ EC)
- Setiap majikan perlu memberikan penyata borang EA (sektor swasta) / EC (jabatan kerajaan) kepada tiap-tiap pekerja selewat-lewatnya pada atau sebelum hari terakhir bulan Februari tahun berikutnya. [Seksyen 83 (1A), Akta Cukai Pendapatan 1967]
- Membuat Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- Mana-mana pekerja yang layak kena cukai, sepatutnya akan ada PCB siap-siap ditolak dari gaji bulanan pekerja ni.
- Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memotong sejumlah wang layak daripada saraan pekerja ini berdasarkan kaedah pengiraan yang ditetapkan oleh LHDNM.

Comments
Post a Comment