Skip to main content

MAJIKAN WAJIB TAHU 3 KATEGORI SARAAN INI DALAM MENENTUKAN PCB PEKERJA



3 Kategori saraan yang majikan akan sentiasa jumpa dalam sistem pengiraan PCB seperti e-PCB, Kalkulator PCB dan lain-lain sistem seumpamanya ialah :
  •     SARAAN TERKUMPUL BULAN SEBELUM DALAM TAHUN SEMASA,
  •     SARAAN BULAN SEMASA, dan
  •     SARAAN TAMBAHAN BULAN SEMASA
    Penting  untuk majikan mengetahui maksud setiap kategori ini kerana ianya boleh membantu majikan memahami cara sistem pengiraan PCB bekerja, seterusnya dapat mengelakkan kesalahan yang tidak diingini. 

    Jadi ayuh kita lihat penjelasan untuk setiap satu istilah saraan tersebut.   Pertama sekali kita perlu fahami apa itu yang dikatakan sebagai BULAN SEMASA dan TAHUN SEMASA.  Istilah ini akan selalu digunakan bila kita bercakap tentang PCB (dan lain-lain hal percukaian).  Dalam konteks pengiraan PCB, bulan semasa merujuk kepada situasi berikut :

  1. Jika PCB baru hendak dikira, maka bulan semasa adalah bulan gaji di mana PCB hendak dipotong.
  2. Jika amaun PCB telah ditentukan dan majikan sekarang ingin kemukakan bayaran, maka bulan semasa adalah bulan gaji di mana PCB telah dipotong.


Kemudian apa pula yang dikatakan TAHUN SEMASA?  Tahun semasa pula merujuk kepada tahun kalendar di mana pengiraan PCB hendak dibuat.  Sebagai contoh, jika kita hendak menentukan PCB bagi gaji yang diterima pekerja untuk bulan Januari 2021, maka bulan Januari 2021 adalah bulan semasa, dan tahun 2021 adalah  tahun semasa.


SARAAN BULAN SEMASA

    Selepas memahami apa itu bulan semasa dan tahun semasa, sudah tentu kita sudah boleh mengagak yang Saraan Bulan Semasa ini adalah merujuk kepada amaun saraan / gaji kasar yang diterima seseorang pekerja itu dalam bulan semasa. Maksudnya kalau PCB hendak dipotong dari gaji bulan Disember 2020, maka saraan bulan semasa adalah merujuk kepada amaun saraan kasar bagi Disember 2020.

    Oh ye, saraan kasar itu maksudnya termasuklah segala jenis bayaran boleh kena cukai iaitu gaji pokok, elaun-elaun, bayaran kerja lebih masa (OT), komisen, dan nilai manfaat yang diterima pekerja, seperti Manfaat Berupa Barangan dan Nilai Tempat Kediaman (jika ada).


SARAAN TERKUMPUL BULAN SEBELUM DALAM TAHUN SEMASA

    Istilah ini akan muncul di Kalkulator PCB atau e-PCB apabila majikan mula membuat pengiraan pada bulan kedua penggajian dan bulan-bulan berikutnya dalam tahun semasa.  Sekiranya penggajian seseorang pekerja itu bermula pada Januari, maka saraan terkumpul akan wujud mula wujud dalam pengiraan PCB bagi bulan Februari dan seterusnya.  Ketika memproses pengiraan PCB bagi bulan Februari, amaun jumlah saraan kasar yang telah diterima dalam bulan Januari mestilah dimasukkan ke dalam petak Saraan Terkumpul Bulan Sebelum Dalam Tahun Semasa.  Begitu juga seterusnya bila majikan memproses PCB bagi bulan Jun 2021, maka saraan terkumpul bulan sebelum dalam tahun semasa adalah saraan yang telah diterima oleh seseorang pekerja dari bulan Januari 2021 sehingga Mei 2021.  Manakala saraan bagi bulan Jun 2021 pula adalah saraan bulan semasa.




SARAAN TAMBAHAN BULAN SEMASA
    
    Saraan tambahan adalah bayaran saraan yang secara kelazimannya atau secara polisinya bukan dibuat pada setiap bulan.  Contoh saraan tambahan adalah bayaran bonus, bayaran tunggakan (arrears payment), fi pengarah, pampasan, gratuiti.  Lain-lain bayaran yang boleh juga jatuh dalam kategori ini ialah komisen; jika polisi majikan menetapkan komisen dibayar secara berkala dan polisi ini terpakai secara saksama untuk semua pekerja.

    Di dalam formula penentuan PCB, bayaran-bayaran ini tidak boleh dimasukkan sebagai saraan bulan semasa kerana ianya boleh menyebabkan amaun PCB melonjak sangat tinggi bagi sesuatu bulan itu.  

    Kita perlu faham bahawa dalam menentukan PCB, mana-mana sistem pengiraan PCB perlu 'mencari' jumlah kasar pendapatan setahun berdasarkan amaun saraan yang diinput.  

    Berikut adalah cara sistem payroll atau Kalkulator PCB mendapatkan jumlah setahun pendapatan :

Saraan Terkumpul + Saraan Bulan Semasa + ( Saraan Bulan Semasa  X  Baki bulan sehingga Disember ) + Saraan Tambahan Bulan Semasa

  Sekiranya tiada pengasingan antara saraan bulan semasa dan saraan tambahan bulan semasa, sudah tentu majikan akan masukkan bayaran tambahan seperti bonus sebagai bayaran saraan biasa bulan semasa.  Akibatnya, sistem akan membaca maklumat sebagai :

Saraan Terkumpul + ( Saraan Bulan Semasa + Saraan Tambahan Bulan Semasa) + (Saraan Bulan Semasa + Saraan Tambahan Bulan Semasa  X  Baki bulan sehingga Disember)
    Kaedah ini adalah salah dan boleh menyebabkan PCB pekerja naik mendadak pada bulan tersebut.  Di bawah ini saya kongsikan video mengenai kesan jika majikan tersalah memasukkan bayaran saraan tambahan ke bahagian saraan bulan semasa :



PENUTUP

Diharapkan penerangan di atas dapat membantu majikan dalam menguruskan PCB pekerja dengan lebih baik.

Sekian.


 

Comments

Popular posts from this blog

Masalah Berkaitan ePCB : Maklumat Pengiraan PCB Bagi Bulan-Bulan Berikutnya Telah Dimasukkan, Sila Hapuskan Maklumat Berkenaan Bagi Meneruskan Pengiraan Bagi Bulan Ini

  Gambar 1 : Paparan makluman pengiraan bulan berikutnya telah dibuat Ramai yang buntu bila terkena masalah ini, di mana selepas pilih pekerja yang hendak ditentukan PCBnya, sistem pula tidak mahu pergi ke peringkat pengiraan.  Sebaliknya sistem mengeluarkan catatan berbunyi "Maklumat PCB bagi bulan-bulan berikutnya bagi tahun semasa telah dimasukkan, sila hapuskan maklumat berkenaan bagi meneruskan pengiraan bagi bulan ini" . PUNCA MASALAH Apa yang berlaku sebenarnya ialah sistem telah mengesan ada pengiraan PCB telah dibuat secara 'in advance' untuk bulan-bulan yang akan datang.  Sebagai contoh, semasa hendak menentukan PCB bagi bulan Mac, majikan entah macam mana tersilap memilih bulan May.  Majikan tidak sedar telah silap memilih bulan dan meneruskan pengiraan sampai ke peringkat bayaran.  Apabila tiba hari untuk majikan buat pengiraan PCB bulan April, sistem tidak membenarkan majikan meruskan pengiraan dan sistem akan paparkan mesej amaran seperti dala...

4 KESALAHAN MAJIKAN BERKAITAN PCB

Kegagalan majikan mematuhi Potongan Cukai Bulanan boleh disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 17, Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994.  Di bawah kaedah ini, mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah tidak mematuhi subkaedah 10(1) atau Kaedah 13 adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.  Jenis-jenis kesalahan di bawah kaedah ini adalah :  Gagal meremitkan bayaran sebelum atau pada 15hb. pada bulan berikutnya. Gagal atau kurang meremitkan bayaran PCB yang telah dipotong daripada saraan pekerja Gagal memotong PCB daripada saraan pekerja Kurang memotong PCB.  PENJELASAN TERPERINCI Gagal Meremitkan Bayaran Sebelum atau Pada 15hb Pada Bulan Berikutnya Majikan sepatutnya mempunyai tempoh masa yang sangat mencukupi untuk mengemukakan data PCB dan meremitkan bayaran PCB ke LHDN iaitu bermula ...

16 JENIS PENDAPATAN KENA AMBIL KIRA BAGI MENENTUKAN PCB PEKERJA

Sebelum menentukan PCB pekerja, majikan perlu tahu dulu pendapatan yang wajib diambil kira dalam menentukan PCB pekerja dan jenis pendapatan yang layak mendapat pengecualian cukai atau yang boleh dikecualikan dari penentuan PCB. Berikut adalah senarai 16 pendapatan layak kena cukai / wajib diambil kira dalam penentuan PCB : Gaji Fi pengarah Upah Perkuisit Baca Pekeliling Umum Bil. 5/2019 Bayaran kerja lebih masa Skim Opsyen Saham Pekerja (SOSP)    Baca Pekeliling Umum Bil.11/2012_pin_14022017 Komisen Cukai Yang Ditanggung oleh Majikan   Baca Pekeliling Umum Bil 11/2016 Tip Ganjaran   Baca Pekeliling Umum Bil. 09/2016 Elaun Pampasan Kerana Kehilangan Pekerjaan  Baca Pekeliling Umum Bil.1/2012 Bonus/insentif Nilai Tempat Kediaman (NTK)   Baca Pekeliling Umum Bil 3/2015 (Tambahan) Baca Pekeliling Umum Bil. 3/2015 (asal) Manfaat Berupa Barangan (BIK)  ...