3 Kategori saraan yang majikan akan sentiasa jumpa dalam sistem pengiraan PCB seperti e-PCB, Kalkulator PCB dan lain-lain sistem seumpamanya ialah : SARAAN TERKUMPUL BULAN SEBELUM DALAM TAHUN SEMASA, SARAAN BULAN SEMASA, dan SARAAN TAMBAHAN BULAN SEMASA Penting untuk majikan mengetahui maksud setiap kategori ini kerana ianya boleh membantu majikan memahami cara sistem pengiraan PCB bekerja, seterusnya dapat mengelakkan kesalahan yang tidak diingini. Jadi ayuh kita lihat penjelasan untuk setiap satu istilah saraan tersebut. Pertama sekali kita perlu fahami apa itu yang dikatakan sebagai BULAN SEMASA dan TAHUN SEMASA. Istilah ini akan selalu digunakan bila kita bercakap tentang PCB (dan lain-lain hal percukaian). Dalam konteks pengiraan PCB, bulan semasa merujuk kepada situasi berikut : Jika PCB baru hendak dikira, maka bulan semasa adalah bulan...