Selain dari sistem yang disediakan pihak bank untuk pelanggan mereka, LHDN juga ada membangunkan beberapa sistem khusus untuk menguruskan PCB. Sistem ini boleh digunakan oleh para majikan secara percuma. Terdapat 3 sistem yang disediakan di laman web LHDN iaitu e-PCB e-Data PCB e-CP39 Gambar 1 : Tiga sistem LHDNM berkaitan PCB Berikut adalah penerangan untuk setiap sistem : e-PCB Gambar 2 : e-PCB Pautan untuk ke sistem e-PCB : https://ekls.hasil.gov.my/ Majikan yang tidak mempunyai sistem payrol digalakkan menggunakan sistem e-PCB. Kelebihan sistem ini ialah data yang diinput ke dalam sistem akan disimpan oleh server LHDN. So bila-bila masa sahaja majikan boleh semak semula rekod pengiraan PCB yang telah dibuat. Tapi masalahnya server yang disediakan untuk e-PCB tak besar mana, so LHDN mampu simpan data dari sistem ini untuk tempoh 2 tahun je. Nak tak nak majikan kena rajin juga buat cetakan (print) pengiraan yang telah...
Perkongsian tips dan kaedah pengurusan cukai buat individu dan juga para majikan Malaysia.